KITA JAGA ISLAM ALLAH AKAN JAGA KITA

ISLAM DAH AJAR TAPI KITA YANG KURANG AJAR


Khamis, 29 April 2010

Polis jangan cakap ikut sedap mulut

Dakwaan polis terhadap aruah adik AminulRasyid sesekali dilihat macam cerita jenayah di tv yang biasa kita tengok. Den cubo bayangkan

1) Berani sangat ko aruah selepas kono tembak ditayar kereta masih nak berindak ganas?

2) Apo sobab aruah nampak macam penjenayah dan kaki samun?

3) Tak kan bawak parang lotak tompek yang mudah ditemui?

4) Macam mano dalam kes tembak menembak sampai ado yang terkorban kawan aruah masih dapat melarikan diri?

Harapan kepada semua pihak yang prihatin membantu keluarga aruah (selain polis) terutama peguam peguam yang berwibawa buktikan la perkara yang sebenar supaya yang bersalah harus menerima hukuman setimpal.

1 ulasan:

  1. polis lak dok pertahan jasa mereka, benar polis berjasa tapi bukan versi polis sekarang, versi polis sebelum tahun 80 memang hebat sebab itu mereka memang di sayangi rakyat jelata pada masa itu.

    versi 80an keatas dah lain, polis lebih kepada kebendaan, penting diri, berlagak sombong dan suka mengugut orang awam- ini dkira sifat zalim . Sekali pandang tak ubah macam samseng. Inilah puncanya orang awam sekarang tidak sayang kepada polis.

    Betul polis berjasa dan perlu dihormati,tapi perlu ingat Allah Taala akan mencabut rasa hormat dan kasih sayang dari seseorang mengikut janji yang telah ditulis didalam AlQuran & hadis, contohnya apabila kita sering menzalimi pihak lain secara berterusan, perkara janji Allah akan menimpa secara tidak disedari.

    BalasPadam

BLOG

Arkib Blog