KITA JAGA ISLAM ALLAH AKAN JAGA KITA

ISLAM DAH AJAR TAPI KITA YANG KURANG AJAR


Sabtu, 26 Jun 2010

40 penyamun baru

Kampung Pinang Sebatang: 40 puluh orang pemuda hari ini secara rasmi menyerahkan borang keahlian seumur hidup untuk menyertai persatuan penyamun terbesar di Kg Pinang Sebatang, borang keahlian diserahkan secara terus kepada ketua utama penyamun dengan disaksikan oleh pempinan tertinggi persatuan penyamun tersebut.

Ketika ditanya oleh wartawan wakil yang juga ketua bagi 40 pemuda berkata hasrat untuk menjadi ahli kepada persatuan telah lama dipendam dan hari ini hasrat mereka telah terlaksana. Beliau yang mahu dikenali sebagai Samdol berkata mereka semua telah lama bertapa di Gunung Ontahkenamo bagi mendalami ilmu menyamun tahap tertinggi dan berharap dapat membantu persatuan menyamun dengan lebih cemerlang lagi.

Bagi ketua penyamun pula kemasukan 40 ahli baru ini menggambarkan kerja kerja menyamun mereka selama ini dipandang tinggi dan mulia hingga mungkin ramai lagi yang akan menyertai persatuan penyamun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG

Arkib Blog