KITA JAGA ISLAM ALLAH AKAN JAGA KITA

ISLAM DAH AJAR TAPI KITA YANG KURANG AJAR


Rabu, 29 September 2010

Melayu bagaimana yang wajib dipertahankan?

Nampaknya setiap masa bangsa yang bernama Melayu semakin diasak dan perlecehkan oleh pihak yang memang sentiasa mencari jalan untuk menutup terus sejarah yang datang atas nama Melayu.
Mereka ini ghairah dalam gerak kerja sentiasa berselindung atas nama perpaduan dan keterbukaan tetapi mesej yang paling jelas ialah hancurkan Melayu. Kerja licik ini turut dibantu oleh Melayu yang turut menjadi duri dalam daging kepada bangsanya sendiri.

Bagi penulis Melayu dan segala haknya akan terus dipertahan selagi ia digunakan kepada tujuan mempertahankan anugerah Allah paling terbesar pada bangsa Melayu iaitu Islam. Jika hak dan kepentingan Melayu ini hanya digunakan atas alasan selain daripada tu maka selayaknya Allah mendatangkan musibah atas kelalaian kita sebagai bangsa Melayu yang gagal dalam memegang amanah tersebut.

Mampukah kita pertahankan agama suci ini jika kuasa dan segala keistimewaan ini hilang? Pastinya tersembunyi seribu hikmah mengapa kuasa dan hak ini masih diizinkan Allah untuk terus bertahan walaupun berbagai cubaan dilakukan musuh masih tak berjaya. Jika timbul persoalan agama lebih penting daripada bangsa makan jawapanya pastilah Ya! tetapi agama juga mengajar kita supaya menyayangi nasab keturunan kita sebagaimana rasullullah sentiasa sayang dan memuji bangsanya sesuai dengan kedudukan baginda.

Adakah setiap kaum selain Melayu tidak ada sedikit pun rasa perkauman dalam diri mereka? Kalau mereka susah hendak menjawab cuba tanya kepada hamba Allah yang melalui perit jerih berurusan dengan mereka pasti banyak kisah dan rahsia akan anda dengari...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG