KITA JAGA ISLAM ALLAH AKAN JAGA KITA

ISLAM DAH AJAR TAPI KITA YANG KURANG AJAR


Selasa, 31 Mac 2009

PRK Bukit Gantang: Media konvensional BN lwn media baru Pakatan Ahmad Tajdid Mon Mar 30, 09 1:42:46 pm MYT

KEMPEN pilihan raya kecil di dua bukit di Semenanjung dan Dun Batang Ai (Air), Sarawak sedang berlangsung.
Bermula dengan hari penamaan calon 29 Mac lalu,
kempen-kempen 20 calon yang bertanding - tiga di Parlimen Bukit Gantang, lima belas di Dun Bukit Selambau dan dua di Dun Batang Ai akan berlangsung hingga menjelang tengah malam 7 April akan datang.
Pastinya antara yang mencuri perhatian para pemerhati dan pengkaji politik adalah kaedah berkempen parti-parti atau calon-calon yang bertanding.
Salah satu kaedah kempen politik BN adalah melalui media-media arus perdana yang dikuasainya. Tatkala kerajaan BN bertindak menggantung permit akhbar rasmi PAS dan KeADILan selama tiga bulan (sehingga 22 Jun 2009), BN terus menggunakan media massa arus perdana untuk mewar-warkan kempennya di tiga kawasan pilihan raya kecil itu.
Sejauh mana keberkesanan kempen BN melalui media massa ini menjadi sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Ini kerana 'media konvensional' yang digunakan BN sudah kian hilang kredibiliti dan kepercayaan umum, berbanding 'media baru' yang digunakan Pakatan Rakyat.
Komen-komen para perwakilan Umno dalam mesyuarat agung parti itu 24 higga 28 Mac lalu tentang kegagalan BN dalam menyampaikan 'mesej dan maklumat yang benar' kepada rakyat pada kempen PRU12 tahun lalu secara tidak langsung lebih merujuk kepada kegagalan fungsi media arus perdana untuk bertindak sebagai 'jurucakap BN dan Umno'.
Sebenarnya kegagalan BN dalam menguruskan penyaluran maklumatnya kepada rakyat bukan sangat berpunca daripada kegagalan fungsi media arus perdana. Media arus perdana terus kekal berfungsi sebagai saluran kempen BN paling efektif kerana akhbar, TV dan radio masuk ke dalam hampir semua rumah kediaman rakyat. Apa yang tiada pada media massa utama ini adalah kebenaran dan keadilan.
Tanpa dua aspek penting itu (kebenaran dan keadilan), kehebatan liputan dan kecanggihan teknologi tidak dapat menawan hati dan pemikiran rakyat. Apatah lagi ketika berhadapan media baru yang lebih dekat dengan hati rakyat khususnya golongan muda.
Perlu disedari bahawa strategi berbohong dan memanipulasi fakta hanya berkesan dilakukan arus media perdana di saat ketiadaan media baru seperti internet (khususnya blog) dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Media baru juga semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Penghantaran SMS kini diperluaskan kepada penghantaran audio dan visual melalui telefon bimbit yang lebih efisien berbanding siaran TV dan radio.
Untuk memahami senario ini, diperturunkan dua contoh penulisan yang disiarkan oleh media konvensional dan media baru bagi penilaian pembaca. Dua penulisan ini merujuk kepada insiden yang berlaku di Masjid Simpang dalam kawasan PRK Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac lalu.
Berita di bawah dipetik daripada mStar online yang dimiliki MCA. Insiden ini juga dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia milik Umno bertarikh 30 Mac 2009:
Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang
Oleh G. MANIMARAN
TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.
Semalam (29 Mac) merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.
Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.
Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.
"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).
"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.
Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.
Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.
Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.
Demikian berita yang dinukilkan oleh media massa pro-BN. Cuba kita lihat pula tulisan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga calon PAS bagi PRK Parlimen Bukit Gantang dalam blog popular beliau, Kamparinn.blogspot.com :
Saya telah mengimamkan Solat Maghrib
Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turun mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derhaka!
Hari penamaan calon PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru-hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pemimpin PAS lain memasuki pintu pagar Dewan Perbandaran Taiping jam 8.45 pagi (29 Mac).
Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Haji Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.
Sewaktu masuk ke masjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden Umno; Dato' Zambry Kader; calon (BN) Ismail Saffian dan ramai lagi pemimpin Umno Pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan Umno berada di saf pertama.
Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamii'an, walaa tafarraqu..." dan rakaat kedua surah al-Kaafirun.
Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pemimpin tinggi Umno.
Umno menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam import, Haji Jama'iy namanya. Habis solat, imam Haji Hashim bangun dan berucap di hadapan dengan menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi tafsir ayat al-Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.
Namun beberapa pimpinan Umno setempat telah memprotes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus diadakan majlis bacaan Yaasin. Berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.
Habis baca Yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi.
Katanya lagi dengan nada kuat dan marah: "Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain.
Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan 'ajaib' tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.
Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.
Merujuk kepada berita yang disiarkan media BN, pastinya kita dapat melihat bagaimana insiden tersebut diputarbelitkan BN bagi kepentingan politik mereka. Jelas watak imam masjid yang bertanggung jawab menjemput Nizar untuk mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah tidak dilaporkan.
Malah sikap kasar Zambry (yang disifatkan Adun Sungkai, N Sivanesan sebagai 'kekanda saya') tidak pula dilaporkan media pro-BN.
Tuduhan bahawa Nizar menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik juga meleset kerana BNlah sebenarnya yang bertindak sedemikian kerana mengadakan majlis membaca Yaasin sempena kempen pilihan raya di masjid.
Apapun terpulanglah kepada pembaca untuk menilai kebenaran dua sumber penulisan di atas. Tetapi apa yang ingin ditegaskan sekali lagi, strategi berbohong dan memutarbelitkan fakta oleh media arus perdana tidak lagi berkesan di era kewujudan dan percambahan media baru seperti blog.
Apa yang lebih utama dalam kempen-kempen politik adalah kebenaran, ketelusan, intergriti dan kredibiliti sumber maklumat. Tanpa ciri-ciri itu usaha mempengaruhi atau meyakinkan rakyat umpama mencurah air di daun keladi.
Cuma satu yang ingin diulas... Zambry ketika memarahi Nizar mendakwa kononnya beliau juga mampu mengimamkan solat dan menyampaikan kuliah tafsir.
Soalnya, dengan kecenderungan beliau untuk berbohong dan bercakap kasar, adakah manusia yang sudi berimamkan beliau?- tajdid _Sumber Harakah

Isnin, 30 Mac 2009

Sekat akbar Harakah dan Suara Keadilan bermotif politik?

Assalamualaikum salam sejahtro

Kerajaan amno/bn bertindak melampaui batas undang undang dan demokrasi dongan menyokat hak rakyat untuk mendapekkan maklumat semaso.

Apo yang kerajaan buek akan menambahkan laie keboncian rakyat kepado kerajaan yang memang terkona dongan sikap kurang bijak dan cubo memperbodohkan rakyat .

amno/bn masih kalut dan merapu dalam banyak hal ....

Ahad, 29 Mac 2009

Selamat berjuang YAB Dato Seri IR Nizar

Assalammualaikum salam sejahtera

Selamat berjuang kepada IR Nizar di Parlimen Bukit Gantang semoga Allah memberikan kekuatan dan kemenangan kepada IR dengan jayanya dan dijauhi daripada segala musibah

Jumaat, 27 Mac 2009

Letak jawatan, salah menyalah dan masih menyangka diri hebat

Assalamualaikum salam sojahtro

Lotak jawatan itulah perkaro yang paling patut bagi sapo sapo yang duduk dalam kerajaan tapi bukan pilihan ramai macam sharir samad tu la.

Kairy sepatutnyo jadi manusio pertamo yang lotak jawatan dah torang torang terlingkup rasuah apo nak tunggu laie pemudo amno jangan jadi bongap takkan nak pilih kaki rasuah!!!

Khair toyol masih tak soda diri salah kan pulak pembangkang bilo kalah, dio pun bukan bagus bona pun muko penyapu memang payah sikit...

Lopeh nih kito tengok drama satu satu dalam amno belum selosai laie ni banyak yak tak pueh hati laie.

Khamis, 26 Mac 2009

Macam macam gilo

Assalamualaikum salam sojahtro

amno oh amno nampaknyo makin tak tontu halo cakap bedogar dogar bagai nak guntuh dunio ni tapi pilih pemimpin kaki tibai duit jugak haiiii apo la malang Malaysia yng den sayang dan cinto ni haaaa.

Selasa, 24 Mac 2009

Biar tergadai maruah janji boleh berkuasa

Assalamualaikum salam sojahtro

bn/amno sojak zaman berzaman memerintah dongan pelbagai caro diluar batas kuaso dan undang undang, mereko sanggup menggadaikan kepontingan rakyat domi napsu serakah yang tak ponah kunjung padam.

Lihat la sekarang suratkabar pun digantung sobab takut rakyat dapek maklumat hisss bukan jantan ghuponyo oghang oghang ni.

Isnin, 23 Mac 2009

Polis kembali la kepada keadilan dan timbangrasa

Assalamualaikum salam sojahtro

kepado semuo anggota polis kembalilah kepado keadilan dan timbangrasa jangan lah hanyo berpihak pado mano mano parti politik...ingatlah gaji dan rezeki tu datang daripado amanah Allah bukan daripado parti politik pikir la dongan waras.

Memang tak masuk akal

Assalamualaikum

Harakah/Suara keadilan digantung pulak dah apo masalah suratkabar tu jang, takut maklumat sampai pado rakyat ko atau sajo nak tunjuk kuaso kau lobih bosa daripado kuaso oghang lain.

Jangan la buek kojo tak semonggah jang kau buek macam mano pun kalau rakyat dah menyampah kek parti kau pun apo guno jang pikir la elok elok jangan jadi bongap.

Ahad, 22 Mac 2009

Undang undang terpilih

Assalamulaikum salam sojahtro

Den memang dah lamo nak tanyo kepado semuo mahkluk Allah dalam Melaya ni undang undang mano lamo bosa undang undang negaro atau undang undang amno???

Pado ahli amno den mintak bona jawapan yang telus juga SPRM yang suko buek kelam kabut tu tolong jawab la

Khamis, 19 Mac 2009

Polis haramkan ceramah Anwar, Nizar
Mar 19, 09 2:00pm
Polis mengharamkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin malam ini di Simpang, di pinggir kawasan Bukit Gantang yang bakal menghadapi pilihanraya kecil.

Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai ceramah penasihat PKR bersama bekas menteri besar Perak itu dengan alasan ia tidak berpermit. 

Ceramah yang bermula jam 9 malam dirancang diadakan di Jalan Kuala Kangsar, Simpang dekat Taiping.

Ketua polis daerah Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak berkata ceramah tersebut tidak sesuai kerana tempat itu berdekatan dengan jalan utama dan boleh menjejaskan lalulintas dan keselamatan orang ramai. 

Anwar, yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat, dijangka mengadakan sidang akhbar di bangunan Parlimen jam 3 petang, termasuk mengulas isu larangan polis tersebut. 

Pilihanraya kecil kecil parlimen itu akan diadakan antara 29 Mac hingga 7 April dan Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon PAS.

Biaso la bro polis ponah ko berlaku adil pado manusio lain selain amno???

Sumber Malaysiakini

Rabu, 18 Mac 2009

Apo la punyo malang kito nih

Assalamualaikum salam sejahtera

Den heran dan ajaib dah sah rasuah tapi masih takdo apo apo tindakan ini satu perkaro den paling meluat, mano SPRM???? kalau kes lombu tu kan main copek Mat Said antu tu bertindak sekarang kenapo sonyap?

Tu sobab den bonci amno nih undang undang dio lobih bosa daripado undang undang tuhan dan negaro sial boto osah sial manusia macam nih, Allah balas la sikap munafik dio oghang nih...

Selasa, 17 Mac 2009

Orang amno pun nak buek demo pulak???

Assalamualaikum

Hah nih berito paneh nih kalau boto amno nak berdemo kek dopan PWTC membantah calon yang dituduh rasuah ini sudah kes ludah kelangit nih bro.

Kalau oghang lain buek haramlah, macam beruk lah,belasah dek fru lah, tindakan cokup dek polis la tapi kalau amno buek macam mano pulak halnyo halal ko???

Kalau halal memang tak guno la oghang amno nih cakap pusing lidah cabang kau ni jang.

Isnin, 16 Mac 2009

Jangan menyusahkan rakyat!!!

Assalamualaikum

Kepado mano mano parti terutamo yang dibori Allah amanah memerintah jugo kepado sesiapo sajo yang memimpin perlu ingat kuaso bukan bulih bawak mati tapi doso bulih bawak mati.

Jangan buek kojo tak semonggah menyusahkan rakyat ingatttttttttttttt ateh izin Allah jiko takdo rakyat jangan harap pemimpin ado kuaso dan jadi sonang lenang.

Ahad, 15 Mac 2009

Skrip 50 tahun dulu tu jang!!!

Assalamualaikum salam sojahtro

Sikit yo den nak ulas kato kato calon amno bukit gantang, ''angin perubahan memihak amno/bn'' naik loyo tokak den dongar dio kato camtu memanjang yo memihak kek dio padahal macam hampeh kalah terduduk, cakap yo lobih.

Kalau nak monang mudah yo tukar caro amno/bn tu jangan belagak macam bagus muhasabah sikit la kalau tak jangan harap rakyat nak sokong...

Sabtu, 14 Mac 2009

Kemano Ibrahim Ali, Tajudin Rahman dan yang suko cakap bosa konon pejuang Melayu

Assalamualaikum salam sojahtro

Den nak tanyo kemano poie oghang nih bilo rakyat bangun mempertahankan bahaso Melayu daripado diperlekehkan oleh pemimpin yang takdo hati porut.

Kalau bab yang bukan bukan kan main laie mulut kao oghang memokak tapi bilo kono kek batang hidung sendiri sonyap tolo masuk kedalam pulak kau jang.

Jumaat, 13 Mac 2009

Pencerahan, idea revolusioner di Perak
Hishamuddin Rais Feb 25, 09 11:55am

Zaman Gelap adalah era golongan agamawan bersekongkol rapat dengan tuan-tuan tanah dan kaum feudal. Rompakan dan kejahatan kaum feudal telah "dihalalkan" oleh agamawan. Fatwa demi fatwa dikeluarkan oleh para agamawan untuk memastikan tuan tanah dan kaum feudal sentiasa menang.Hasilnya dua kumpulan ini berkenduri-kendara dalam kemewahan hidup. Tanah, hasil pertanian, ternakan malah anak isteri kaum tani yang dirampok oleh kaum feudal semua dihalalkan oleh agamawan.Dalam masa yang sama, tenaga kerja kaum tani selalu diperah secara percuma untuk menambahkan lagi kekayaan kaum feudal dan kaum agamawan.Sampai ke suatu ketika kejelekan kaum agamawan telah menjadi lawak bodoh - jika kita lihat dalam konteks hari ini. Fatwa telah dikeluarkan - sesiapa yang melakukan kesalahan, mereka pasti akan menerima balasan dan dimasukkan ke neraka.

Janji neraka ini amat-amat menakutkan kaum tani pada ketika itu.Janji neraka ini ada tetapinya. Yang bersalah tidak semestinya akan dihantar ke neraka jika yang dituduh sanggup menebus harga dosa mereka. Dosa-dosa ini boleh ditimbang tara dengan berat dinar emas dan perak.Jika sanggup membayar emas dan perak, maka dosa ini akan diampunkan dengan serta-merta oleh kaum agamawan. Amat jelas di sini pengeluaran fatwa-fatwi masuk neraka ini telah menjadi satu industri, tempat kaum agamawan mengumpul harta kekayaan.Tipu helah dan silap mata kaum agamawan, tuan tanah dan kaum feudal ini mula dihambat oleh kaum tani apabila mereka mula menerima masuk idea-idea rasional pada abad berikutnya, Zaman Pencerahan. Idea dan pandangan rasional inilah yang memajukan Eropah sehingga kita melihat Eropah yang wujud pada hari ini.Harus disedari bahawa pemecah ruyung membuka jalan pencerahan adalah golongan agamawan juga. Jangan tersilap, sejarah Zaman Pencerahan di Eropah bukan bermula di Florence atau Venice tetapi berpunca di Kota Baghdad dengan wujudnya Baitul Hikmah – Gedung Ilmu.Gedung Ilmu ini didirikan oleh Khalifah Haron Al-Rashid (763 – 809) untuk melakukan kajian ilmu dan penterjemhan buku dan kitab-kitab kuno Yunani yang telah ditinggalkan oleh warga Eropah yang waktu itu masuh dibaluti Zaman Gelap.Dari pengaruh Gedung Ilmu ini, maka munculah di antaranya Al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rushd - ahli falsafah, ilmuan dan pemikir Arab, Afghan dan Parsi yang membawa idea rasional untuk pencerahan dunia. Mereka inilah di antara puluhan pemikir falsafah agamawan Islam yang membawa idea pencerahan.Al-Farabi membuka kembali pandangan dan pemikiran Aristotle. Pandangan Socrates, Plato dan Aristotle inilah yang menjadi induk dan asas falsafah keilmuan di Baitul Hikmah, Baghdad. Para ahli falsafah ini menggunakan akal dan fikiran mereka yang rasional untuk memahami ayat-ayat Quran.Bagitu juga di Tanah Melayu, agamawan telah memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pencerahan dan kesedaran jati diri. Dari awal lagi kaum agamawan melalui ajaran agama telah sama-sama bangun menentang penjajah – Belanda, Portugis, Inggeris dan Jepun.Tetapi, sejarah tamadun manusia bukan satu jalan yang lurus. Kadang kala ia berulang-ulang. Bagitu juga terjadi di tanah air kita. Pencerahan yang baru bermula tiba-tiba tergendala dengan kemasukan kuasa Inggeris pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor.

Di zaman British, rakyat di Tanah Melayu tarafnya sama dengan taraf warga di negara-negara Asia, Afrika dan Amerika Latin. Zaman Penjajah tidak jauh bezannya daripada Zaman Gelap. Warga yang dijajah samalah seperti kaum tani yang harta kekayan mereka dirompak oleh kaum feudal – kini yang merompak ialah kaum penjajah. Penjajahan bertujuan mengumpul dan merampas harta kekayaan negara yang ditakluk. Justeru British telah mula bersekongkol dan menjalankan kerjasama dengan kaum feudal dan kaum agamawan. Persekongkolan mereka ini dilakukan agar cita-cita penjajah untuk mengambil hasil tanah jajahan tidak diganggu gugat.Justeru dimunculkan Raja-raja di Semenanjung Arab, Jordan dan Iraq – walhal Raja-Raja ini tidak pernah wujud di zaman Nabi Muhammad. Dalam ajaran Islam tidak wujud konsep raja. Dalam Islam, semua manusia sama di sisi Yang Maha Esa. Islam pada awalnya dianggap radikal dan revolusioner kerana menentang feudalisme dan penindasan. Malah konsep kesamaan derajat di kaca mata Tuhan inilah yang menjadi daya tarikan untuk membuka Zaman Pencerahan dan meruntuhkan kuku besi kaum feudal dan kaum agamawan di Eropah.Di Tanah Melayu, penjajah Inggeris telah memupuk dan membajai kaum feudal agar mereka boleh menjadi orang tengah di antara rakyat dengan kuasa British. Kaum agamawan juga turut direkrut. Justeru terjadi persekongkolan tiga kumpulan seperti di Zaman Gelap – penjajah, kaum feudal dan kaum agamawan. Kaum agamawan ini sama seperti kaum agamawan di Eropah di Zaman Gelap yang mengeluarkan fakwa-fatwi untuk "menghalalkan" tindakan penjajah dan kaum feudal.Tetapi idea Pencerahan tidak dapat lagi dipadam-padamkan. Satu demi satu kaum feudal di Timur Tengah dihapuskan.

Kaum feudal di Timur Tengah yang wujud pada hari ini sedar bahawa mereka diwujudkan kerana mereka menjaga kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika. Yakinlah, apabila kepentingan kuasa imperial ini habis - yakni apabila telaga minyak telah kering - maka mereka juga akan turut terbungkus. Beginilah hukum sejarah yang telah diteroka oleh Pencerahan.Apa yang berlaku di Perak pada Februari 2009 tidak banyak perbezaan seperti yang pernah berlaku di Eropah pada Zaman Gelap. Kaum feudal telah cuba melawan arus Pencerahan. Dari segi sejarah, kaum feudal di Tanah Melayu yang dibajai oleh penjajah British ini telah menerima pukulan pada 1993. Mereka terpukul apabila Perlembagaan Persekutuan dipinda yang membolehkan kaum feudal disaman. Sebenarnya tindakan ini hanyalah langkah kompromi di antara kelas kaum peniaga dengan kaum feudal.Dalam krisis Perak, kita juga membaca dan mendengar bagaimana ada golongan agamawan yang mengeluarkan fatwa untuk "menghalalkan" tindak-tanduk golongan feudal. Cara ini tidak menghairankan. Ia pernah berlaku di Eropah ketika Zaman Gelap.Sayugia diingatkan, idea Pencerahan Al-Farabi, Ibnu Sina, Ibnu Rushd telah mempengaruhi William Harvey, René Descartes, Spinoza dan mempengaruhi Karl Marx, Bakunin, Lenin yang terus pula menpengaruhi Jean Paul Sartre yang kemudian mempengaruhi Ali Shariati.

Idea Pencerahan Ali Shariati menumpaskan Raja Segala Raja, Ahmad Reza Pahlavi pada 1979.Sejarah berulang-ulang. Kadankala ke hadapan, kadangkala mengundur. Tetapi idea dan falsafah Pencerahan akan terus bersinar. Justeru ketika ini kita juga melihat ada kumpulan dan golongan agamawan Islam telah muncul secara positif ke hadapan untuk mendirikan benteng menghalang kaum feudal membawa Zaman Gelap datang sekali lagi ke dalam budaya negara kita.Pencerahan yang menobatkan idea rasional apabila manusia ini dianggap sama derajatnya di mata Yang Maha Esa masih lagi relevan dan satu idea yang revolusioner pada ketika ini terutama di Perak.

Artikel yang baik dan menyuburkan minda...

Petikan daripada Malaysiakini.com

Khamis, 12 Mac 2009

Assalamualaikum

Diktator Papan Cator

Jiwa bergelora, rasa dan terasa
Tiada daya ku berbangga
Kepada diri yang tiada
Hanya
hati yang meronta
Mengetuk keras pintu bangsa
Apakah terjadi
Jikaku sendiri
Ada negara dalam diri
Memerintah sesuka hati
Di mana saja main politik
Apa kataku jangan dikritik
Akulah diktatorRaja papan catur
Menentukan bersih dan kotor
Naik kereta atau motor
Terus ke depan atau berundur
Atau aku yang menggali kubur
Kepada mayat yang beratur
Sehinggalah aku tertidur
Ramli Sarip / BobDunia Muzik WEA Sdn Bhd
/ Luncai Emas Sdn Bhd1991 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd

Rabu, 11 Mac 2009

Ini Gambar Pejuang BahasO Melayu tulen
Ini Pulak Gambar Pejuang Tak Ghoti Bahaso Sampai Bilo Bilo

Selagi tak jatuh hancur selagi tu tak berubah



Assalamualaikum salam sojahtro

Berapa perkaro dalam Malaysia negaro yang den cinto nih masih samo

UmnoBn

Polis

BPR

SPR

Perangai tak mau begubah tak mau insaf jangan sampai merangkak baru nak soda jang!!

Selasa, 10 Mac 2009

Merosakan Bahasa Melayu sama jahatnya dengan membunuh bangsa Melayu itu sendiri



Tembak jang oiii biar abih hancur bangso kau sendiri
Assalamualaikum salam sojahtro

Banyak forum dan isu dikotongahkan oleh cerdik pandai kito termasuk pejuang pejuang Bahasa Melayu betapa pontingnya menjago maruah bangsa dengan mendaulatkan bahasa itu sendiri.

Tetapi pemimpin yang mengaku Melayu dan berlagak macam orang Melayu tanpo sogan silu dan dongan tangan jahat mereko sanggup menghancurkan bahasa kesayangan kito ni.

umno memang jahil dan sentiaso melakukan kojahatan terhadap bangso sendiri, dah banyak kito tengok beratus ratus contoh kito bulih bagi kalau mereko berdalih, nih lah dalam dunio satu satunyo parti yang menggadai bangso sendiri domi napsu setan mereko.





Isnin, 9 Mac 2009

Polis makin hilang pertimbangan dan semakin kurang ajar

Assalamualaikum.

Memang dah lamo kito lihat sikap kurang ajar polis nih sampai dalam masjid pun dio nak hancurkan rakyat Malaysia, den mintak pada Allah supayo polis yang bersikap sial akan hancur la hondaknyo.



Ahad, 8 Mac 2009

Assalamualaikum

Nak kato bangang nampak mcm pandai nak kato pandai nampak pulak mcm bangang tu lah yang dapek den koba kek mentori Melayu nih bahaso sendiri pun tak buleh nak jago.

Hampehhhhhh!!!!!!!!

Assalamualaikum

Kalau tak menulih tontang polih Malaysia punyo perangai memang tak sah, polih kek Malaysia nih mengado ngado sikit lobih amno daripado amno goma guno caro gilo menyolosaikan masalah.

Laie satu yang den pandang gondah dongan polis nih dio kalau buek kojo gilo amno memang kegomaran boto siang malam pun takpo melayan dan mengampu amno, tapi kalau pihak pembangkang macam sampah yo polih layan, den kalau takdir tuhan tetibo jadi pemimpin bosa pekaro petamo den uruskan polih nih den buang mano mano yang kaki ampu dan zalim bia berosih sikit polih Malaysia nih daripado oghang hampeh macam tu.

Jumaat, 6 Mac 2009

Assalamualaikum salam sojahtro

Den memang elak untuk nengok gambar samseng yang gogar Karpal Singh dan samseng bangang yang halang wakil rakyat Pakatan Rakyat ari sobab hati den tak tahan...tapi ari den tengok gak sobab biar jelas apo yang sobona belaku, dengan namo Allah lopeh den tengok darah paneh memang tak buleh kawal laie den memang perati muko sorang sorang samseng tu dio kono ingat dan jangan lupo nasib tak baik besok kok kono tobeh baru dio tau.

Ingat jangan gunokan Pekida untuk buek jahat dan kojo tak senonoh amaran pada amno jangan kau pikir kau hebat ingat!!! Pekida bukan alat politik...

Assalamualaikum dan salam sojahtro

Kepado insan yang berjuang memertabatkan maruah agama, bangsa dan negara diucapkan selamat berjuang (PPSMI esok) semoga kalian mendapatkan kekuatan dan kemenangan yang kita semua harapkan insayaallah

Kepada Pakatan Rakyat teruskan agenda rakyat kami semua tetap bersama sama berjuang...

Khamis, 5 Mac 2009

Assalamualaikum dan salam sojahtro

Memang dasar pengocut dah la poie buek kojo bangang menyorang oghang kurang upaya dah tu bedalih dalih pulak. Kalau muko dan hati dah bekarat busuk cakap apo pun manusia tak kan pecayo, penakut ghupo eee, samseng tak betompek kau yo...

Assalamualaikum dan salam sojahtro

Kesian den tengok ADUN Pakatan Rakyat besidang bawah pokok hasil kekojaman amno yang ponah jadi haram dan masih macam kelakuan haram tak ponah nak insaf.

Ingatkan kok kalah hari tu sodar dan muhasabah diri ruponyo laie macam hantu perangai amno jadi eee.Den memang doakan sapo yang zalim akan hancur dan mendapek balasan setimpal.

Rabu, 4 Mac 2009

Assalamualaikum

Kepado pihak istana di Perak kesian la pado rakyat sendiri tak usah la disekso rakyat Perak sedemikian rupo Allah sedang dan terus memerhati jangan sampai hukum Allah dankehendaknya berjalan susah nanti.Bubar kan DUN!!! itulah jalan terbaik...

Selasa, 3 Mac 2009

Assalamualaikum

Nampak tak apo dan bagaimano perangai amno parti yang tak mengonang budi tu punyo perangai, macam nih la lagak hantu nih memang baik bungkus tika banta la parti kau.

Den memang marah boto dengan perangai jahat oghang parti nih dah kalah merampeh kerajaan, menyorang parlimen apo nak jadi boto boto macam cilako kau jang...

Polis nih pun satu balok sibuk macam amno jugak asik asik amik tindakan pado pembangkang tapi bilo amno menyorang perlimen tak pulak betindak den tuntut kau sumo polis yang jahat ke akhirat besok den tuntut totap tuntut.

Isnin, 2 Mac 2009

Assalamualaikum

Lin kali jangan goma buek kojo jahat kojo cilako bilo oghang baleh balik tak tahan pulak osah bangang boto amno nih tah bilo laie nak soda diri...

Tak dapek den nak koba betapo seluruh rakyat yang prihatin mencaci dan menghino amno macam anjing kurap den gaso inilah hukum dan musibah sobab melanggar hukum Allah, lain kali ingat Allah selalu melihat kemungkaran yang dilakukan, amno ingat rakyat bodoh agak ehh.

Assalamualaikum

Kepado speaker Perak tu buek yo sidang Dun esok usah takut dan jangan dongar kato kato merapu najib tu.Hari tu maso merampeh kerajaan Perak takdo pulak ingat undang undang tak pulak ingat mahkamah sekarang dah tersopit banyak pulak songheh kau jang.

Den bab bab keadilan dan kebonaran nih sanggup yo bejuang, jangan takut kalau kito bona yang jahat akan tumbang pecayo la...

Ahad, 1 Mac 2009

Assalamualaikum

Hari hari dimano juo bilo bilo maso tak kiro siang malam pagi potang kek topi jalan kodai kopi semuo oghang bercerito tontang kebodohan amno yang tunjuk samseng tak betompek.

amno nih memang tekona dongan dogil, belagak,goma melangga undang undang kaki pulun itulah ayat yang selalu den donga daripado mulut oghang ghamai.

Keboncian oghang kek amno ni bukan buek buek laie oghang dah tak heran langsung dongan parti tak senonoh macam tu, rakyat porlukan satu koadaan yang lobih menjamin maso dopan terutama oghang Melayu yang dah lamo terluko kek perangai amno antu nih.

BLOG

Arkib Blog