KITA JAGA ISLAM ALLAH AKAN JAGA KITA

ISLAM DAH AJAR TAPI KITA YANG KURANG AJAR


Sabtu, 30 Mei 2009

Cakap macam orang bangang

Ajal maut ditangan tuhan bukan ditangan pengerusi SPR yang bangang.

Appum: Who wants to die? Die for a by-election....
this is now a sacrificial sport?For such a statement to come from the mouth of a very senior member of the EC only reflects his poor thinking capabilities as a senior man on the job.
My dear man, you are employed to do the job and to do it well.
Not by complaining of too much work for you if there are unfortunate cases of natural deaths involving elected representatives.

If you cannot handle such mild stress then you don't deserve to sit in that chair. Best for you to seek early retirement and live a life of leisure and peace.
So far, from the work that is involved, we the people don't see a very objective operator of the election system. It doesn't take a rocket scientist to read your minds and motives.

If this ‘death' statement is made on the basis of a joke, then it was a poor joke made coming from a supposedly very independent operator of our elections. Choose a better platform to make your jokes and if you don't know how to, then make them to your private audience, not to a public audience. We are not impressed.

Jangan keluarkan fatwa ikut sedap mulut je

jangan sampai jadi hantu...

Diingatkan secaro ikhlas untuk diri den, orang ramai dan jugo kepado semua tuk tuk syeikh tuan tuan mufti cerdik pandai tak usah la kalau keluarkan fatwa atau apo juo hukum terpakso takut dan mengikut tulunjuk orang orang zalim.

Kalau dah sah sah salah dan zalim terhadap sesamo manusio orang agama ni dimintak jangan takut untuk menyatokan kebenaran, den kosal betul sojak kebelakangan nih sojak dapek banyak duit tokoh maal hijrah la kononnyo cakap pun dah mulo tak semonggah, lupo mano hak mano batil. Tapi apo nak dikato Rasullullah s.a.w dah ingatkan umatnyo akan sampai satu maso manusio ni bercakap bijak dalam agamo tapi hati macam serigalo,terpakso harus sano harus sini tu yang susah tu jang.

Jumaat, 29 Mei 2009

Rehat sebentar



Hari ni den nak merehatkan minda...

Khamis, 28 Mei 2009

Sapo dio ni???

PETALING JAYA, 24 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan sikap parti pembangkang yang terus menerus menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengatur keputusan Mahkamah Rayuan dalam menentukan Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata sebaliknya keputusan mahkamah itu bebas daripada sebarang pengaruh mana-mana pihak dan alasan yang diberikan Mahkamah Rayuan bagi keputusannya itu turut dikongsi oleh pakar undang-undang antarabangsa Queen's Counsel Lord Lester.

"Dan kalau lah seorang Queen's Counsel seperti Lord Lester itu boleh mengeluarkan pendapat bahawa kita berada di atas landasan yang betul, seperti mana keputusan mahkamah rayuan, maka janganlah disalahertikan ataupun memberikan pandangan yang negatif terhadap badan kehakiman negara", katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Perpaduan peringkat kebangsaan di Puchong di sini hari ini.

Elok bona tu nak monang punyo pasal sanggup buek apo sajo, penjajah jahanam tu jugak tompek rujuk kau orang.

Patut la perangai samo tak semonggah hidup mati berkiblatkan bangsa penjajah tu...

Tak kan satu keluarga?




petikan:
Selain itu, SPRM juga telah mengunjungi rumah Aminah bagi mendapatkan keterangan anak keduanya, Herfinie Mohd Rofi yang bertanggungjawab merakamkan gambar sewaktu Cheah dan Peter sedang makan tanpa disedari. "Mereka datang ke rumah pukul 5 petang tadi, ada dua orang pegawai, seorang lelaki dan seorang perempuan. "Mereka tanya macam mana saya boleh rakam gambar tu, sebab saya rakam dan banyak lagi," kata Herfinie kepada mStar Online.



Inilah gambar yang dikatokan 2 ahli PKR makan makan tu, mano makcik tu lotak kamera dio? atau dimano dio lotak recoder?, apo la punyo dajal satu famili berpakat nak buek jahat sepatutnyo ajak tetamu layan ikhlas tapi keluargo nih polik sikit, hati hati la sesapo yang datang dokek rumah makcik minah nih...jangan mando bogel bahayo

Rabu, 27 Mei 2009

Parah kau jang!

Demi Allah den osah bonci nengok gambar nih osah buruk muko pakcik Sidan bilo beraksi macam tu.

Pakcik Sidan oiii kan dah tuo ontah samo sebayo dongan pakcik Najib tu tak usah la buek kojo tak semonggah tu pakcik Sidan tolong la buruk bona rupo macam tu.

Pado cium tangan pakcik Najib lobih baik la kau cium tangan mak bapak sendiri(kalau masih ado) tu laie berkat.

Ingatkan hebat sangat...

ala hai den ingat zaHID haMIDI ni hebat orangnya berani dan teguh sebagai pemimpin tambah pulak menteri yang jago sojar.

Tapi ruponye ati kocik penakut, baru Husam ajak berdebat dah goyang belum ajak bertumbuk laie apo la kau ni zaHID buek malu orang kampung yo.

Selasa, 26 Mei 2009

Makcik nyanyuk nyanyuk nyanyuk

Kelakar makcik nyanyuk nih kalau nak bertanding di Penanti buek la caro elok sikit, mengikut pendapat den makcik nyanyuk nih langsung takdo ghupo orang politik malah macam kaki putar bolit adolah nampaknyo.

RM80,000, jawatan TKM 1, YDP majlis wah wah wah berangan sakan makcik nyanyuk nih tak soda diri langsung cermin la muko tu dulu cik oiii.

Kalau nak cari duit cakap la terus terang apo susah sampai terpakso buek muko tak malu kelentong sano sini.

Kepado makcik nyanyuk a.k.a Aminah Abdullah den nasihatkan poie la berehat jago anak jago cucu kalau ado tak pun jual pisang goreng laie baik muko pun dah layak tu.

Isnin, 25 Mei 2009

Bila sejahat berlagak baik

Memang jenis tak tau malu pemimpin satu ni ada ke patut menasihatkan Hj Nizar menghormati undang undang dan perlembagaan padahal dia dan kroniny sendiri yang paling jahat dan hati busuk merampas hak rakyat Perak sesuka hati.

Dasar manusia yang suka makan haram macam tu la... opss apa tak dengar la kuat sikit ooooo suruh Harussani bertanding jadi calaon umno rupanye ermmm ok la tu dio pun asik sibuk memokak untuk umno yo bukan untuk agamo elok bona la tu.

Sabtu, 23 Mei 2009

Hakim jangan sampai kono sembar dokek potir!!!

KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan.
Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah yang menghukumkan Dato Seri Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. "Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Datuk Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis," ujar Aziz lagi.
Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.
Aziz berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat. Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Dato Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Dato Seri Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986) dan Dato Seri Nizar Jamaluddin di Perak (2008).
Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi Umno termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1).
"Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan," tegasnya lagi.
Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Dato Ganesan tetap haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.
Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa anih mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya.
"Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi", ujarnya.
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti ada undi tidak percaya terhadap menteri besar yang ada.
Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. "Ia juga tidak selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan".
Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan. Katanya, "Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya".
Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak percaya. Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.
Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. "Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia menghadapinya," kata Aziz.
Sebelum ini Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu membayangkan seolah-olah sultan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada apa yang dinyatakan oleh perlembagaan. Katanya lagi, mahkamah telah meletakkan beban yang cukup berat untuk dipikul oleh Raja-Raja.
Aziz berkata umumnya keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini. "Di sisi perlembagaan istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan dan ketelusan, bukan mengambilalih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan".
Beliau tidak bersetuju dengan para peguam Umno yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak. "Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan pandangan yang negatif," ujarnya.

Nasib baik...

Tibo tibo den raso macam nyawo nak abih macam nak kiamat bilo den lihat ramai manusia di Malaysia bebas buek apo sajo, ado yang tongah membunuh, ado yang sodang merogol, ado pulak yang merompak dopan orang ramai.

Mereka sumo melakukan kemungkaran dongan sesuko hati, hati den tertanyo tanyo mano polis? mano pencogah jenayah ? mano undang undang? apo sebonar yang berlaku?

Dalam pado terfikir fikir tu den nampak orang berebut rebut menyembelih babi dan segala yang haram untuk dimakan disitulah jugolah den terlihat pemimpin, polis, hakim dan sekutu sekutunyo ikut samo melantak bondo haram tu dengan rakus sekali.

Den cubo menjauhkan diri tetapi dongan tak semena mena ditangkap oleh orang tak dikenali cumo bayanganyo macam polis tetapi bertanduk yang cubo mengheret dan memakso ikut samo makan bondo haram tu...

Jumaat, 22 Mei 2009

zalim celaka dan mencelakakan

Ya Allah hancurkan mereka yang zalim dan celaka dan mencelakan ini, Allah akan balas siapa yang berlaku zalim di Perak

Dengan nama Allah yang pengasih dan penyayang

Semoga kemenangan milik rakyat, Hj Nizar akan memang insyaalllah

Tragedi


Takziah kami ucapkan buat seluruh ahli keluarga allahyarham Wan Yah Marizi diatas tragedi yang menimpa mereka.Semoga Encik Tajul Aripin dan keluarga tabah dan diberi kekuatan untuk mengharungi detik yang begitu sukar ini

Kami semua berdoa agar roh hambanya ini ditempakan ke dalam golongan orang yang beroleh rahmat dan penjanayah yang berhati binatang ni mendapat balasan yang sekeras keras daripada Allah s.w.t.

Al Fatihah.

TUNGGU PUKUL 3.30

Jangan lupo bawak tikar bantal periuk nasik dan apo apo yang patut sobab nak tunggu keputusan rayuan Hj Nizar cukup susah dan berbelit belit tak macam yang haram tu mudah yo keputusan mahkamah bagi kt dio.

Khamis, 21 Mei 2009


Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Buleh Bla,

Chin Peng ko lempeng ko buleh bla jangan bagi masuk negaro ni, dulu dalam kominih banyak bona orang Melayu dibunuh kt orang gilo nih...den bukan apo soal kemanusiaan tu memang la ponting tapi ado la batasnyo.

Banyak masalah kalau dio masuk seolah kerajaan mengiktiraf gerakan kominih ni, pado sapo sapo yang sayang bona dongan Chin Peng silo poie ke Thailand dan dialukan duduk dongan dio sekali.

Sejarah Tak boleh diubah

Walau apa pun yang berlaku dan pemimpin parti mana pun memerintah PAS, PKR, UMNO hak Bumiputera perlu dijaga dan dipertahankan.

Ini tanah Melayu hak milik orang Melayu itu fakta yang tak boleh diubah walaupun dengan nyawa sekalipun. Jangan ungkit soal Melayu perkauman kerana disinilah tanah tumpah darah mereka. Adakah bangsa lain akan menjadi begitu baik dan tidak kepada perkauman jika Malaysia ini bukan tempat asal bangsa Melayu???

Bangsa Melayu jangan memperbodohkan diri sendiri biarlah bijak mencatur baik dalam politik mahupun dalam konteks sosial. Lihat negara jiran kita dimana letaknya bangsa Melayu???

Go Iran Go

Mahmoud Ahmadinejad claimed today that Iran has successfully test fired a new medium-range missile capable of striking as far as Israel or southern Europe. The Iranian President told a cheering crowd that the military had launched a surface-to-surface missile called Sejil-2 which has a range of about 1,200 miles.

“I was told that the missile is able to go beyond the atmosphere then come back and hit its target. It works on solid fuel,” Mr Ahamdinejad said during a speech in Semnan, northern Iran. “The defence minister told me today that we launched a Sejil-2 missile, which is a two-stage missile and it has reached the intended target.” (Sumber Yahoo)

Kehendak Allah Melebihi Segalanya...

Hari ini kes rayuan Hj Nizar yang membantah keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tingg akan didengari oleh tiga orang hakim iaitu Yang Arif Dato' Md. Raus bin Sharif, Yang Arif Dato' Wira Abu Samah bin Nordin, Yang Arif Datuk Sulong bin Matjeraie.

Berdoalah semuga para hakim ini akan diberi hidayah dan inayah Allah swt. supaya menghakimi dengan penuh keadilan dan membuat keputusan di atas prinsip kebenaran. Jauhilah sebarang usaha jahat dari mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan penghakiman hari ini.

(Misbahul Munir)

Selasa, 19 Mei 2009

Penanti

Kalau takdo orang nak bertanding di Penanti terutamo Umno/Bn apo susah den buleh bertanding calon bebas pakai lambang pisau gotah.

Isnin, 18 Mei 2009

18hb menunggu jawapan?

Bermula detik 18hb semua rakyat Malaysia menunggu jawapan pihak istana adakah DUN dibubarkan hari ni???

Harapannya begitulah

Ahad, 17 Mei 2009

Kenapo Tangguh Pulak?

Tarikh mahkamah rayuan dengar kes Hj Nizar sepatutnya esok isnin 18hb alih alih berubah pulak jadi 21hb gilo apo pulak ni????

Khamis, 14 Mei 2009


MAHATMA ZAMBIRI A.K.A ZAM MANDELA
ehsan TBO online

Apo tunggu lagi

Buek la pilihanrayo bubar DUN atau tunggu hujan api daripado langit turun baru ok kan?

Rabu, 13 Mei 2009

Pistol dan Penyembur


mahkluk bangang mana bawak pistol dan penyembur seperti yang diberitakan oleh mereka yang nampak kejadian bangang tu.


Lebih baik bawak AK47 ko atau kereta kobal ko baru sonang tak pun nak laie hebat bawak yo c4 atau pun bawak blender biar hancur berkocai tompek tu.



Gilo apo?

Perjuangan macam Mandela dan Ghandi???

hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu

hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu hu

Gilo ko zambiri2 ni haaaaaaaa lopeh ni kito panggil dio Ghandi Pangkor atau Mendela Pangkor huh dasat dasat

Selasa, 12 Mei 2009

Kaki haram

Kalau dah hidup mati dalam haram maka haram jugak la yang dicarinya...

Isnin, 11 Mei 2009

Rahmat Allah

Semoga Allah memberikan kasih sayang dan rahmatnya kepada hakim yang masih sayang dan berani menegakkan kebenaran terutama buat TUAN HAKIM DATUK ABDUL AZIZ ABDUL RAHIM.

ALLAH ALLAH MAHA SUCI ENGKAU YA ALLAH

SUBHANALLAH MAHA SUCI ENGKAU YA ALLAH

TAKDA APA YANG MAMPU DIUCAPAKKAN MENGALIR AIR MATA TANPA SEDAR SYUKUR YA ALLAH ATAS KEMENANGAN HJ NIZAR, TERBUKTI KEBENARAN DAN HAPUSLAH KEBATILAN...

Semoga Hj Nizar akan berjaya esok...

Diharapkan dan didoakan semoga Hj Nizar akan diberikan Allah kekuatan dan kemenangan dalam kes menentang puak haram esok insyaallah.

Sabtu, 9 Mei 2009

Bila nak bla dio ni?

Salam

Den nih bukan la bonci pado polis sobab den tau tugas polis ni memang mulia kalau mengikut apo yang den donga la. Cumo den bonci dokek beberapo hantu dalam polis nih yang lobih cenderung berpolitik dan gilo meroyan bona nak jadi kuli amno tu yang den marah dan bonci bona tu.

Posan pado musa tu jangan lobih lobih bona perangai dio, cubo ingat sapo yang bayar gaji kao kalau bukan hasil titik poloh rakyat, kalau nak bona jadi pencacai beghonti jadi polis masuk amno la, tak habih habih menyusahkan rakyat.

Pikir baik baik bro kau tu Islam tanggungjawab kau bukan setakat dunio malah akhirat besok beribu manusia akan menuntut apo yang selamo kau orang laku kan pado rakyat bawah ni.

Jangan kau orang ingat tak mati, tak tuo sampai maso besok kau tau la untung nasib kau orang.

Jumaat, 8 Mei 2009

Cakap Biar Terang!

KUlit hitam bukan la menjadi masalah sangat, kadang kadang hitam tu memang menawan cumo hati mau baik bro, tapi bab Zambiri2 bukan sajo hitam luar malah dalam pun samo bekarat payah payah.

Khamis, 7 Mei 2009

Jahat dan tak layak dihormati

Kalau macam ni la contoh jahat yang ditunjukan umno/bn tidak hormat undang undang maka selayaknya lah jangan hormat pada mereka.

Cube pikir sikit kelakuan buruk dan busuk tu akan menjadi ikutan generasi mude yang kini melihat dan kenal siapa umno/bn selama ni.

Rasa geram dan benci semakin meluap luap, hingga takde kata kata dapat diucapkan lagi, '

bubarkan DUN kami memohon pada Tuanku Sultan kesian la kepada kami rakyat ni...

DOA UNTUK PEJUANG KEBENARAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

PAGI PAGI LAGI KAMI BANGUN DENGAN PENUH SEMANGAT SOLAT DAN BERDOA KEPADA ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM SUPAYA DIBERIKAN RAHMAT DAN PETUNJUK KEPADA SEMUA PEJUANG DAN PENCINTA KEBENARAN DIMANA MANA SAHAJA DAN SECARA KHUSUSNYA DI PERAK.

7HB MEI SEMOGA DENGAN IZIN ALLAH KEBENARAN AKAN TESERLAH KEBATILAN AKAN MUSNAH SEPERTI ABU.

HILANGLAH KEZALIMAN DATANGLAH KEBENARAN ITULAH DOA KAMI DENGAN PENUH KEINSAFAN AMIN YA RABBIL ALLAMIN.

Rabu, 6 Mei 2009

Macam macam nak tanyo ni

Esok atas kehendak Allah akan berlaku satu lakaran sejarah dalam lanskap politik tanahair yang kita cintai. Sidang DUN PERAK dijangka bakal menyaksikan perkara aneh dan tak masuk akal dilakukan oleh mereka yang kurang akal.
Cuma nak bagi ingat pada Umno/Bn takde ke perasaan malu pada pemimpin mereka yang bukan menjadi pilihan rakyat dalam pRU12 tempoh hari? Tak ke mereka sedar parti mereka menjadi kebencian rakyat dan jika perangai busuk ni masih berterusan tak mustahil rakyat akan menolak mereka secara total.
Selesa ke memerintah dalam keadaan haram macam tu??? sampai bila nak memperkudakan polis untuk menutup mulut rakyat dan memusnahkan demokrasi.
Polis ni dibayar gaji mereka hasil daripada titik peluh rakyat tapi kelakuan dan tabiatnye amat memalukan, kalau tak berpihak pada Umno/bn tak boleh ke?
Kalau takdir Allah berlaku pertukaran kerajaan satu masa nanti macam mana kelakuan polis ni akan berubah ke? atau pun sanggup ikut bungkus tikar bantal dengan Umno/bn...
Tapi yang sebona bona den nak koba dokek Umno/Bn ikhlas la den cakap tahap meluat bonci rakyat pado kau sumo dan sampai tahap tak buleh dibaiki, den dulu tak ambik tau pasal politik ni yang den tau sokong Umno tu sajo!!! tapi sojak den tengok perangai Umbo/Bn ni semakin menjadi zalim den pun lamo lamo jadi semakin jauh hati dan langsung tak berminat dongan parti ni sampaikan nak nyobut namo parti pun ghaso macam bersalah bona pulak.
Tambah pulak kes Perak huh cukup celako dan mencelakokan.

Isnin, 4 Mei 2009

Berapa banyak masa untuk rakyat?

Sejak PRU 12 dulu hingga bersambung dengan PRK dibeberapa kawasan dan kemudiannya sibuk dengan pemilihan parti, maka berapa banyak masa Adun dan Ahli Parlimen yang tinggal untuk rakyat?

Obama pun dah mula buat kerja untuk negara dia tapi orang politik dalam Malaysia ni entah apa apa la kerjanya. Agaknya dalam kepala otak mereka dah penuh air la kot tu yang payah sangat nak berfikir dengan waras tu...

Ahad, 3 Mei 2009

PERISTIWA SEGALA PERISTIWA

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA

Nampaknya untuk awal 2009 ni peristiwa segala peristiwa atau kemuncak daripada segalanya ialah apa yang bakal berlaku 7 Mei ni di Perak Darul Ridwan.

Disana kita akan lihat manusia manusia yang licik dan cenderung kepada kebatilan akan sedaya upaya mencari helah agar kejahatan dan kerakusan mereka dapat dipertahankan.

Pelbagai intitusi akan dilibatkan sama dalam permainan licik ini daripada raja hinggalah kepada penguasa semua akan berebut rebut untuk sama memusnahkan harapan yang diimpikan rakyat selama ini.

Bagi kami tidak lain hanyalah doa kepada Allah s.w.t supaya diselamat dan dijauhi mala petaka kepada pihak yang benar dan menjadi pilihan rakyat (PAKATAN RAKYAT) insyaallah.

Sabtu, 2 Mei 2009

KENAPA MENGELABAH SANGAT NI!!!

Assalamualaikum salam sejahtera
Muktamar PAS semakin hampir menjelang tiba cuma yang agak membosankan ialah isu siapa boleh siapa patut menjadi pemimpin PAS semakin agak merapu. Apa yang paling memualkan ialah sikap suka melabelkan dan meggelarkan sesama sendiri label yang buruk.
Orang dalam PARTI ni mudah sangat menggunakan istilah ulama celuplah, ulama mee lah, ulama setengah masak lah apa nak jadi ngan PARTI satu ni buat malu agama Islam.
Allah lebih tau siapa yang layak dan patut jadi pemimpin agama ni, PAS sepatutnya lebih bersediakan dengan kepelbagaian ilmu pengetahuan dalam era kepimpinanya kerana setiap daripada pimimpin ada kelebihan dan kekuranganya.
Jika PAS masih berada ditakuk lama tanpa mampu dan berani mencari perubahan maka tak mustahil ia akan jadi macam parti korap UMno dan jangan mimpilah nak menguatkan Islam.

BLOG

Arkib Blog