KITA JAGA ISLAM ALLAH AKAN JAGA KITA

ISLAM DAH AJAR TAPI KITA YANG KURANG AJAR


Rabu, 6 Mei 2009

Macam macam nak tanyo ni

Esok atas kehendak Allah akan berlaku satu lakaran sejarah dalam lanskap politik tanahair yang kita cintai. Sidang DUN PERAK dijangka bakal menyaksikan perkara aneh dan tak masuk akal dilakukan oleh mereka yang kurang akal.
Cuma nak bagi ingat pada Umno/Bn takde ke perasaan malu pada pemimpin mereka yang bukan menjadi pilihan rakyat dalam pRU12 tempoh hari? Tak ke mereka sedar parti mereka menjadi kebencian rakyat dan jika perangai busuk ni masih berterusan tak mustahil rakyat akan menolak mereka secara total.
Selesa ke memerintah dalam keadaan haram macam tu??? sampai bila nak memperkudakan polis untuk menutup mulut rakyat dan memusnahkan demokrasi.
Polis ni dibayar gaji mereka hasil daripada titik peluh rakyat tapi kelakuan dan tabiatnye amat memalukan, kalau tak berpihak pada Umno/bn tak boleh ke?
Kalau takdir Allah berlaku pertukaran kerajaan satu masa nanti macam mana kelakuan polis ni akan berubah ke? atau pun sanggup ikut bungkus tikar bantal dengan Umno/bn...
Tapi yang sebona bona den nak koba dokek Umno/Bn ikhlas la den cakap tahap meluat bonci rakyat pado kau sumo dan sampai tahap tak buleh dibaiki, den dulu tak ambik tau pasal politik ni yang den tau sokong Umno tu sajo!!! tapi sojak den tengok perangai Umbo/Bn ni semakin menjadi zalim den pun lamo lamo jadi semakin jauh hati dan langsung tak berminat dongan parti ni sampaikan nak nyobut namo parti pun ghaso macam bersalah bona pulak.
Tambah pulak kes Perak huh cukup celako dan mencelakokan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Arkib Blog