KITA JAGA ISLAM ALLAH AKAN JAGA KITA

ISLAM DAH AJAR TAPI KITA YANG KURANG AJAR


Selasa, 30 Jun 2009

Baik masuk Parti Likud

PETALING JAYA – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Md Noor berkata, beliau sedia menyertai Pas sekiranya pemimpin tertinggi parti itu mengumumkan bahawa Pas adalah tunjang utama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Beliau yang kini menyertai UMNO berkata, jika Pas berani membuat pengumuman sedemikian, beliau tidak teragak-agak meninggalkan UMNO dan menyertai parti itu.“Saya cabar pemimpin tertinggi dalam Pas supaya mengumumkan bahawa parti itu adalah tunjang utama dalam Pakatan Rakyat (PR). Jika mereka berani, saya masuk Pas.

Mereka tidak mampu berbuat demikian kerana mereka hanya penumpang dalam PR,” katanya ketika berucap pada satu ceramah di Dewan Masyarakat Taman Sri Manja, di sini, semalam.Ceramah oleh bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu menjadi timbalan perdana menteri satu ketika dahulu dihadiri ratusan penyokong Ezam yang ternyata mahukan beliau kembali aktif dan berjuang demi survival bangsa Melayu.

Terdahulu, Ezam dilantik Ketua Penerangan UMNO Cawangan Makmur Setia Bahagian Petaling Jaya Selatan.Dengan pelantikan itu, ia menjadi langkah pertamanya berpolitik di kawasan itu setelah keluar daripada UMNO tahun 1998 yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.

*cabar tu cabar la jang tapi jangan la kato sanggup nak masuk PAS iskk nak ko PAS oghang ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Arkib Blog