KITA JAGA ISLAM ALLAH AKAN JAGA KITA

ISLAM DAH AJAR TAPI KITA YANG KURANG AJAR


Isnin, 27 April 2009

Umno perlu kembalikan maruah Islam sebelum terlambat

Assalamualaikum salam sejahtera

Belum pun lama memerintah Najib dan kuncu-kuncunya telah bertindak diluar batas dengan menjadikan agama Islam sebagai galang ganti meraih semula simpati kaum bukan Islam dinegara ini.

Selama 50th memerintah apa saja perkara yang berkaitan dengan agama Islam telah disesah dan dipijak semahunya oleh Umno asalkan kuasa dan pengaruh mereka dapat dipertahankan.

Jika difikirkan secara asasnya jika sejak lama dahulu Umno bersungguh-sungguh menyebar dan memakmurkan agama Allah ini, tidak mustahil suasana dan kedudukan Islam itu sendiri akan menjadi lebih baik dan diterima secara menyeluruh. Namun hakikatnya Umno lebih senang supaya bukan Islam terus menjauhi agama Allah ini kerana dalam fikiran mereka jika ramai orang bukan Islam bertukar kepada Islam pasti akan menjadi penyokong parti pembangkang seperti PAS.

Keputusan kabinet baru-baru ini amat mengecewakan dan terang-terangan melanggar apa yang telah termaktub dalam perlembagaan tanah air yang kita cintai ini. Dimanakah cerdik pandai Islam kita??? dimana mufti? dimana raja-raja Melayu ditanah berdaulat ini??? tidak adakah perasaan dihati mereka semua???

Kami menyeru agar Duli Tuanku raja-raja Melayu bangun dan tegakkan kembali maruah agama Islam yang semakin cemar dan mereput dek tangan-tangan dan perbuatan manusia yang bersikap munafik dan zalim ini.Janganlah bilamana Allah melihat kita orang Melayu yang diberikan agama Islam sebagai sebesar-besar nikmat semakin tidak berkemampuan menjaganya lalu diserahkan kepada bangsa lain, alangkah hina dan sedihnya jika ia benar-benar berlaku.

Kami tidak akan berputus asa untuk terus berjuang dan mempertahankan agama Allah ini sehingga kami diberikan kemenangan atau kami hancur kerananya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Arkib Blog