KITA JAGA ISLAM ALLAH AKAN JAGA KITA

ISLAM DAH AJAR TAPI KITA YANG KURANG AJAR


Khamis, 30 April 2009

Kami Sokong Dengan Nyawa Dan Diri Kami!!!

Pembela pertahan umat Islam dari konflik tukar agama
Harakahdaily
Thu Apr 30, 09 11:41:31 am MYT

Kami pertubuhan-pertubuhan NGO Islam yang bergabung di bawah PEMBELA menyeru seluruh lapisan rakyat Malaysia agar bertenang dalam menghadapi kemelut berkenaan dengan isu agama yang tercetus kembali baru-baru ini susulan kes Muhammad Ridzuan Abdullah dan Indira Ghandi.


Seruan ini berasaskan pada kebimbangan kami bahawa isu ini boleh memberi kesan langsung kepada keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini.

Perbicaraan ini masih dijalankan, baik di Mahkamah Syariah mahupun Sivil.

Justeru, PEMBELA berpandangan proses undang-undang perlu dibiarkan berjalan tanpa tekanan dari mana-mana pihak.

Kami ingin merayu semua pihak yang berkenaan dan pihak yang mempunyai kepentingan supaya jangan mengambil kesempatan dan memperalatkan perbezaan yang timbul di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Sehingga keharmonian undang-undang dapat dipersetujui, PEMBELA meminta semua pihak menghormati undang-undang syariah dan undang-undang sivil.

PEMBELA tetap mematuhi ajaran Islam dan akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab membela hak-hak orang Islam dan masyarakat Malaysia secara umumnya secara adil dan saksama.

PEMBELA sedang menjalankan kajian mendalam berkaitan konflik undang-undang syariah dan sivil dan bersedia mencari penyelesaian dengan mana-mana pihak.

Dalam menangani sebarang konflik membabitkan perundangan syariah dan sivil, PEMBELA menyarankan satu penyelesaian jangka panjang harus diusahakan agar ia mampu membawa kebaikan kepada semua pihak terbabit.

Sebarang perbezaan pendapat harus disalurkan menerusi proses perbincangan ilmiah membabitkan pelbagai pihak agar semua perbezaan ini dapat diselesaikan serta tidak menjejaskan kestabilan negara.

Kami juga menyeru agar umat Islam berterusan dalam bermunajat kepada Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dan keharmonian Malaysia dapat ditingkatkan atas semangat persefahaman, muhibbah dan setiakawan di antara semua kaum.

Kenyataan Media
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
29 April 2009 / 4 Jamadilawal 1430
Kami amat berharap Islam tidak lagi dijadikan jual beli oleh mereka yang celaka dan mencelakakan

Selasa, 28 April 2009

PEWARIS DAN ISA

Assalamualaikum salam sejahtera

Malas nak menulis banyak hari cuma mintak orang-orang yang terlibat dalam PEWARIS tolong bagi sikit dalil atau nas atau hujah yang boleh menyakinkan ISA tu baik kononya sebagai mempertahankan Islam.

Kalau dalil,nas dan hujahnya memang baik dan bagus kami akan menyokong PEWARIS sepenuhnya, tetapi kalau sebaliknya harap-harap orang-orang dalam PEWARIS ni kena ingat jangan sampai kaum kerabat sendiri besok kena sumbat dalam ISA baru tau langit tinggi rendah jang...

Isnin, 27 April 2009

Umno perlu kembalikan maruah Islam sebelum terlambat

Assalamualaikum salam sejahtera

Belum pun lama memerintah Najib dan kuncu-kuncunya telah bertindak diluar batas dengan menjadikan agama Islam sebagai galang ganti meraih semula simpati kaum bukan Islam dinegara ini.

Selama 50th memerintah apa saja perkara yang berkaitan dengan agama Islam telah disesah dan dipijak semahunya oleh Umno asalkan kuasa dan pengaruh mereka dapat dipertahankan.

Jika difikirkan secara asasnya jika sejak lama dahulu Umno bersungguh-sungguh menyebar dan memakmurkan agama Allah ini, tidak mustahil suasana dan kedudukan Islam itu sendiri akan menjadi lebih baik dan diterima secara menyeluruh. Namun hakikatnya Umno lebih senang supaya bukan Islam terus menjauhi agama Allah ini kerana dalam fikiran mereka jika ramai orang bukan Islam bertukar kepada Islam pasti akan menjadi penyokong parti pembangkang seperti PAS.

Keputusan kabinet baru-baru ini amat mengecewakan dan terang-terangan melanggar apa yang telah termaktub dalam perlembagaan tanah air yang kita cintai ini. Dimanakah cerdik pandai Islam kita??? dimana mufti? dimana raja-raja Melayu ditanah berdaulat ini??? tidak adakah perasaan dihati mereka semua???

Kami menyeru agar Duli Tuanku raja-raja Melayu bangun dan tegakkan kembali maruah agama Islam yang semakin cemar dan mereput dek tangan-tangan dan perbuatan manusia yang bersikap munafik dan zalim ini.Janganlah bilamana Allah melihat kita orang Melayu yang diberikan agama Islam sebagai sebesar-besar nikmat semakin tidak berkemampuan menjaganya lalu diserahkan kepada bangsa lain, alangkah hina dan sedihnya jika ia benar-benar berlaku.

Kami tidak akan berputus asa untuk terus berjuang dan mempertahankan agama Allah ini sehingga kami diberikan kemenangan atau kami hancur kerananya.

Ahad, 26 April 2009

Masuk umno untuk manusia tak sedar diri

Assalamualaikum

Manusia yang satu ni memang jenis tak sedar diri, dulu maso terbuang terhegeh hegeh muko tak malu join PAS bertanding atas ehsan perti tu, tapi dengan izin Allah atas tiket PAS monang pulak pilihanrayo. LOpeh monang terus berubah jadi pengkianat menikam balik parti yang ponah menolong dio dulu.

Apo ketegori yang buleh kito gelar orang macam ni???? ni la seburuk buruk perangai manusia yang bernamo ibrahim ali, menggunokan orang lain untuk kepontingan diri sendiri, anjing pun tau hormat orang yang menolong tapi pengkianat ni bangang sikit...

Masih terkilan dengan menteri yang mengaku Islam yang tak mampu menjaga agamanya

Assalamualaikum salam sejahtera

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Manusia itu dalam urusan ini menjadi pengikut kaum Quraisy. Muslim mereka mengikuti muslim Quraisy, demikian pula kafir mereka mengikuti orang yang kafir dari kaum Quraisy.

Begitu juga hadis ini kami tujukan kepada pemimpin yang mengaku beragama Islam tetapi dayus dan penakut untuk menjaga agama Allah ini.

Semoga satu masa nanti mereka akan tahu apa yang mereka lakukan hari adalah satu kejahatan terhadap Allah dan Rasulnya...

Sabtu, 25 April 2009

Kabinet putuskan anak ikut agama asal ibu bapa

Assalamualaikum

Nih la salah satunya keputusan paling jahat terhadap Islam ponah den tengok huh memang tak buleh pakai pemimpin Melayu yang mengaku Islam ni.

Dio semuo pikir dio orang dah cerdik sangat kito tengok sampai mano sangat dio buleh buek bilo sampai maso Allah bagi ingatan nanti kok merangkak meraung...

Selasa, 21 April 2009

Bilo la nak selosai isu Perak ni???

Assalamualaikum salam sejahtera

Ya Allah bilo la manusio ni nak soda dan bergonti buek kojo tak senonoh, pemimpin ni bukan pikir hak dan masalah rakyat tapi asik pikir nak rebut kuaso yo yang dio tau.

Sapo laie nak diharapkan, hakim? hakim pun hanyut, undang undang dah tak berfungsi den memang tak soba tengok kebodohan manusio yang telibat dongan kes Perak ni.

Kesian rakyat Perak, semoga Allah tunjukkan jalan keluar satu maso nanti...

Ahad, 19 April 2009

Budak buek air dokek kodai nasik lomak dah kurang ajar

Assalamualaikum salam sejahtera

Den nih dah terbaco satu artikel yang mengatokan budak yang dulu tukang buek air dokek kodai nasi lomak Mambau tu dah cakap lopeh kurang hajar...

Osah bangang boto budak tu ado ko dio poie pelok pempuan sesuko hati tanpo pikir doso pahalo lopeh tu cakap yang bukan bukan, sekali laie bangang bilo wartawan tanyo apo jawab dio"Nabil Cakap Peluk Irma Tak Jejas Ekonomi Negara"

Lain kali cakap jangan main langgar yo tak tau hukum hakam nasib baik tergolek hari tak mati kalau nayo yo mati katak.

Takdo kojo cari kojo

Assalamualaikum salam sejahtera

Sidang DUN Perak 7 Mei tidak boleh diteruskan. Posted on Saturday, April 18 @ 16:13:55 MYT by PaktamOleh Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.
7 Mei 2009 telahditetapkan sebagai tarikh Persidangan Dewan Negeri Perak. Perkara ini tidak dirunding dengan saya terlebih dahulu. Saya tidak mengetahui tentang tarikh itu sehingga saya diberitahu oleh ADUN-ADUN yang lain.
Notis dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan En. Abddullah Antong. Saya telah mengantung tugasnya sebagai setiausaha Dewan Negeri sebelum persidangan 'bawah pokok' yang dibuat pada 3 Mac 2009



Notis yang sama juga telah diberikan kepada saya oleh Setiausaha Dewan. Siapakah yang memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarakan Notis. Arahan itu sepatutnya datang daripada pejabat Speaker. Tetapi, Speaker sendiri tidak tahu tentang tarikh persidangan tersebut. Mungkin sayalah yang terakhir dimaklumkan tentang tarikh persidangan. Bukankah ini satu tindakan yang aneh. Speaker dihina sekali lagi.


Pada protokolnya, Spaeker yang harus memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarkan notis. Tetapi, di sini, speaker pula menerima notis yang sama seperti ADUN-ADUN yang lain.
Adakah ini merupakan usaha-usaha untuk memperkecilkan atau memperbodohkan institusi Speaker? Pada pandangan saya, ini merupakan satu lagi tindakan untuk menghina Speaker Dewan Negeri.
Sanggupkah Pandekar Amin, Speaker Dewan Rakyat berdiam diri jika Setiausaha Dewannya mengeluarkan notis memanggil Dewan Rakyat bersidang tanpa berunding dengannya? Bukankah hak Speaker untuk mengetahui terlebih dahulu segala apa yang berkaitan dengan Dewan. Apa gunanya institusi Speaker apabila semua keputusan dibuat oleh Pihak yang lain. Ini merupakan campurtangan eksekutif yang nyata. Sekali lagi doktrin pengasingan kuasa dicabuli.


Saya akan menulis surat kepada Istana untuk mendapatkan kepastian tentang tarikh persidangan yang ditetapkan. Saya tidak ditunjukkan apa-apa bukti tentang penetapan tarikh persidangan oleh Istana. Oleh yang demikian, tarikh persidangan itu mungkin perlu ditangguhkan sehingga saya mendapat kepastian tentang tarikh tersebut.
Saya juga mengantung tugas En Abdullah Antong sebagai Setiausaha Dewan. Beliau akan digantikan dengan Tuan Haji Misbah sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

detikdaily

Kita sebagai rakyat Malaysia berasa seronok dan tersangat gembira melihat kebodohan demi kobodohan muncul daripada mereka yang mengaku pandai...ingatan lain kali jangan buat kerja mabuk dengan merampas kerajaan sesuka hati sekarang apa dah jadi???

Jumaat, 17 April 2009

Dah halal ke Dato Mufti?

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA

KAMI NAK TANYA SIKIT SOALAN PADA DATO MUFTI PERAK YANG BIJAKSANA ALIM LAGI WARAK DAH HALAL KE JOM HEBOH KAT PERAK DATO?

KALAU DAH HALAL APA DALIL DAN HUJAHNYA?

KALAU MASIH HARAM MINTAK SIARKAN SEMULA FATWA YANG JOM HEBOH TU HARAM, KALAU TAK SIA SIA CUKUP SIA SIA...

Khamis, 16 April 2009

PRK lagi...PAS dan saf kepimpinan

Assalamualaikum


PRK baru bermula...lawan totap lawan

Nampaknyo tak habis lagi PRK ni, gelangggang pertarungan baru dibuka pula hari ini...kalau macam ni baik teruskan kepado PRU13 biar senang sekaligus.




Ingatan Kepado Orang PAS


Kepado semua ahli PAS harap jangan jadi dan jangan sesekali jadi seperTi umno semasa pemilihan awal Jun nanti.

Apa apa pun keputusan biarlah berlandaskan kehendak agama semata mata dan kekalkan semangat perjuangan sampai akhir hayat.

Rabu, 15 April 2009

Kemana hala tuju usahawan kita?

Assalamualaikum

Nampaknyo najib dah mulo tunjukan yang diri dio tak berapo nak cerdik, ado pulak Kementerian Usahawan dibubarkan. Sepatutnyo kementerian tu dinaiktrafkan supayo usahawan terutama dikalangan bumiputera nih mampu poie lebih jauh.

Den ingat najib nih jenis jiwo kacau la lopeh ni tah apo lak nak dibubarkan. Ni la masalah Malaysia ni bilo orang yang ado kuaso buek kojo ikut sodap anak tokak tanpo pikir buruk baik sesuatu perkara.

Isnin, 13 April 2009

Rehat la kojap bro

Assalamualaikum salam sejahtera

Kepado pemimpin samo ado PR atau BN mintak mintak sabar dan berehat la kojap daripado asik pikir pasal parti atau pasal macam mano nak gosakkan parti lawan.

Tolong la beronti kojap jang oi pikir la macam mano nak hadapi masalah masalah yang lobih bosa berkaitan ekonomi dan kesusahan rakyat jelato ni.

Asik sibuk hal parti lobih baik lotak jawatan jadi wakil rakyat dan mentori, dah pueh den perati perangai orang politik sok kok den sekeh baru mengelabah nak soda tak payah la susahkan rakyat laie jangg...

Ahad, 12 April 2009

Untuk Tuan baginda reformasi

Assalamualaikum salam sejahtera

Saya inginlah memaklumkan kepada saudara baginda reformasi jika tuan terbaca catatan ini berkaitan report polis karikatur menghina nabi yang tuan dedahkan dalam blog tuan tempoh hari sehingga kini masih dalam siasatan polis.

Daripada tarikh report hingga semalam polis telah menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut dan saya telah dimaklumkan secara bertulis oleh pihak polis bahawa kes ini telah disiasat dibawah akta hasutan.

Harap tuan masih menyimpan karikatur tersebut bagi tujuan siasatan dan kes ini telah diambil alih oleh Bukit Aman pada hari khamis lepas.

Tuan boleh email di shidiabin@yahoo.com jika tuan berasa sangsi terhadap kenyataan saya ini...

Jumaat, 10 April 2009

Apo Kes Ni SPR??? Apo Kes Ni Hakim???

Assalamualaikum

SPR ni patut dibubarkan sobab perangai tak semonggah mengado-ngado, lobih sudu pado kuah.

Den raso eloklah SPR nih mohon jadi parti komponen bn/umno kan sonang nak buek kojo merapu tak usah berselindung disebalik undang-undang zalim dan jahat ni.

Den kalau jadi Perdano Menteri perkaro pertamo den buek ialah tutup SPR nih ganti satu badan yang lobih adil, jujur dan tak berpihak...posan den pado ketuo lanun dalam SPR tu eloklah bertaubat sebolum mati bawak banyak doso.

Lagi satu yang den meluat ialah perangai hakim kt Melaya ni parah macam badut, ado mato tapi buto, ado mulut tapi bisu ado, ado hati tapi mati yang tinggal hanyo roh sakit dalam tubuh diorang nih, tak buleh ko kalau buek kojo untuk keadilan yang sebona bona tanpo mengampu???

Den kalau Allah izin kt ahkirat nanti harap bona la dapek tengok muko hakim yang zalim dan tak adil nih mintak la Ya Allah makbulkan biar pueh hati ni.

Khamis, 9 April 2009

kehancuran terancang

Assalamualaikum salam sejahtero

Perkaro petamo mengapo Khairy takdo dalam senarai kabinet?

Adokah campur tangan Mahathir menyobabkan Khairy tercicir?

Kabinet masih takut lamo, apo perlunyo ambik Mustapa Mohd, Awang Adek dan muko yang kalah dalam kabinet?

Hukuman mati pado duo bodyguard najib tu banyak menimbulkan persoalan, kenapo tak siasat kenyataan salah sorang tertuduh mengatakan beliau dikambing hitamkan oleh hantu-hantu diluar mahkamah?

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahwo SPR yang menontukan kerusi kosong atau tidak, sojak bilo pulak nih apo dah jadi dongan hak speaker??????????

Semuo persoalan tu akan ado jawapannyo atas kohandak Allah nanti tak lain tak bukan di ahkirat, sapo yang zalim akan menerimo padahnyo.

Jangan terlalu yakin

Assalamualaikum salam sejahtero
Tahniah ateh kemonangan PR dalam duo daripado 3 PRK tempoh hari. Sesesungguhnyo kemonangan tersebut merupokan jalan permulaan untuk PR terus bergorak ke arah jalan yang lobih bosa dan mencabar.
Walaupon monang tapi banyak laie kelomahan PR yang perlu dibaiki salah satu perkaro yang merupokan kegagalan PR ialah untuk menambat hati orang orang lamo 50 ke 60an untuk memborikan undi mereka kepado PR. Apo yang secaro ikhlas dilihat PR terlalu seleso dongan sokongan generasi mudo tanpa memikir usaho menyeluruh untuk mengajak generasi lamo agar dapat berganding bahu mengocap suasano perubahan domi kebaikan bersamo.
Jentera PR terlalu taksub dongan pemikiran bahawo golongan lamo ini adolah penyokong togar UMNO dan tak akan berubah sampai bilo bilo. Perlu diingatkan PR kalau berniat nak memerintah kono turun dan kukuhkan diri hingga ke akar umbi sobab pengaruh golongan lamo bukan sikit bukan kocik tapi mampu memadamkan PR daripado lanskap politik tanah air kito.

Rabu, 8 April 2009

Restu Rakyat???

Assalamualaikum salam sojahtro

Sojak bilo amno/bn pandai mintak restu rakyat??? sebolum ni main lanyak yo jiwo dan hati rakyat Malaysia ni dan nak terlingkup baru terhegeh hegeh mencari rakyat.

Kepado rakyat Malaysia samo samo kito jangan bagi restu pado parti tak konang budi ni.

Selasa, 7 April 2009

Syukur Atas kemenangan Pakatan Rakyat

Assalamualaikum salam sejahtro

Allah maha besar syukur kami atas kemenangan YAB hj Nizar dan Manikumar semoga kemenangan ini akan memberikan seribu kebaikan kepada rakyat...

Selamat mengundi semuo

Assalamualaikum salam sojahtro

Den nak bagi semangat kepado semuo yang mengundi hari ni tunaikan tanggungjawab sedaro sedari semuo jangan takut terutamo ancama samseng amno tu.

Samseng tu takdo prinsip lalang dan merosakan bangso sendiri...

Isnin, 6 April 2009

Boleh Percayo ko?

Assalamualaikum salam sojahtro

Den macam tak pecayo bilo oghang amno kato kono pukul dokek oghang pas dan pakatan rakyat hissss boleh pecayo ko berito nih macam la kito ni tak kona sapo oghang amno.

Bab pukul memukul ni kan kojo rasmi amno tak kan dah lupo oghang cacat pun nak dibalun dokek dioghang...

Ahad, 5 April 2009

Politik amno/bn terlalu merbahaya

Assalammualaikum

Nampak bahayo sungguh taktik yang amno/bn gunokan menakutkan dan mengancam keselamatan rakyat..fikirkan lah wahai rakyat semuo

Sabtu, 4 April 2009

Sampai Bilo Kempen Pakai Taktik Yang Samo???

Assalamualaikum salam sojahtro

DEn heran tengok caro amno berkempen takdo ubah langsung asik main provok dan propaganda yo, cubo la caro lobih berhemah memikat hati rakyat gunokan ahklak yang baik bukan caro pengocut tu jang...

Jumaat, 3 April 2009

Artikel yang baik

Assalamualaikum..

Den minat artikel ni so jom kito kaji sikit ...

laporan Buletin Utama TV3 akhbar Utusan Malaysia yang menipuDilulus terbit pada Friday, April 03 @ 06:49:02 MYT oleh TokPenghulu

Oleh Mohamed Hanipa Maidin
Laporan Buletin Utama TV3 semalam (1/4/2009) dan akhbar Utusan Malaysia hari ini (2/4/2009) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut.
Utusan melaporkan seperti berikut:-IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas.
Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin

Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.
Laporan di atas khususnya perenggan yang menyatakan "keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong" adalah amat mengelirukan dan boleh dianggap sebagai mala fide (berniat jahat) di atas alasan�alasan berikut:
1. Mahkamah Tinggi Ipoh hanya menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun tersebut ke atas beliau.
2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga Adun Bebas itu kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi Dun berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.
3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan saman (sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (juga dikenali sebagai permohonan "to strike out pleading"), hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja. Ini bermakna di dalam kes di Ipoh, hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut.
4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.
5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut ditolak, Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun Bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 April 2009 ini.
6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun tersebut, ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong seperti mana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.
7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak seperti mana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Dato' Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.
Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.- tajdid/mks. _
- dari Harakahdaily

Khamis, 2 April 2009

Zahid nampak bodoh bilo penari tu...

Assalamualaikum salam sojahtro

Den takdapek tahan golak bilo mentori yang jago agamo kono buntut kek pempuan penari tu ha ha ha ha ha memang kelakar la budak zahid nih jago agamo apo macam ni osah pandir tul dio tu

Rabu, 1 April 2009

Terlampau berpolitik

Assalamualaikum salam sojahtro

Umat Islam Malaysia ni terlampau asyik berpolitik hingga lupo ado tanggungjawab lobih bosa patut didahulukan iaitu menjago agamo, cubo lihat gambar dilaman web yang menghino nabi s.a.w mano poie pemimpin Islam di Malaysia ni???

BLOG

Arkib Blog